Jika Anda Berminat Menjadi Sukarelawan IHSANI, Sila Hubungi Kami Di :~ Hotline No: 019 9222 799 Emel: ihsan.annuuriman@gmail.com Alamat: Rumah An-Nuur Iman 2851, Jalan Pungguk, Taman Jakar Jaya, 24000 Kemaman, Terengganu.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan.. Sila hubungi kami di 019-9222 799
Suffiean Sulaiman,34 tahun, merupakan pencetus idea kepada penubuhan dan pembangunan IHSANI. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak pertama dari 7 adik beradik. Kedua orang tuanya berasal dari Terengganu (Bapa dilahirkan di Kijal manakala ibunya dilahirkan di Kerteh). Beliau yang pernah bersekolah di Kerteh adalah seorang yang bergiat aktif dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga seorang ahli perniagaan. Perniagaan beliau yang beroperasi di Shah Alam, Selangor lebih tertumpu kepada bidang perkhidmatan, pembuatan dan kejuruteraan. Beliau juga merupakan seorang Perunding Insuran yang mewakili syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Selain menjadi Presiden IHSANI, beliau juga merupakan Exco Peringkat Tertinggi bagi sebuah badan NGO berdaftar di Terengganu iaitu IKHWAN.
Ahli Lembaga Pengarah IHSANI mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin Kepada Semua Sukarelawan Di Seluruh Negeri Terengganu.
Presiden bergambar kenangan ketika mengadakan Majlis BBQ
Kerja-kerja gotong royong di Rumah An-Nuur Iman
Ihsan An-Nuur Iman menyewa sebuah rumah banglo untuk dijadikan pejabat pengurusan. Satu majlis gotong-royong telah diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar banglo tersebut. Segala kos seperti sewa dan bil semasa telah disumbangkan oleh Kumpulan Syarikat AiWorld yang berpusat di Kuala Lumpur.
PROGRAM BERSAMA JKKK
Presiden IHSANI bersama-sama JKKK Kg Tengah bergambar selepas majlis penyerahan barangan dapur kepada golongan miskin sempena bulan Ramadhan